Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
HARAPAN saran wanita Umno tanding jawatan tertinggi parti

Pemimpin wanita Pakatan Harapan (HARAPAN) menyarankan agar golongan wanita Umno tidak hanya menyasarkan jawatan di majlis tertinggi atau sayap wanita parti itu tapi juga turut bertanding untuk jawatan naib presiden dan ke atas.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata wanita perlu bersama-sama memainkan perasan dalam Umno.

"Sudah tentu mereka perlu (menyasarkan jawatan-jawatan tertinggi) dan saya menggesa Wanita Umno tampil ke depan. Mungkin ini masa yang sesuai untuk wanita Umno membetulkan keadaan," katanya kepada Malaysiakini.

Naib Presiden DAP Teresa Kok dan Ketua Wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) Siti Mariah Mahmud turut menyatakan hal sama.

"Jika Umno betul mahu membuat pembaharuan, peranan wanita Umno perlu diiktiraf dalam salah satu jawatan tertinggi Umno agar dapat meneraju parti itu ke destinasi yang ingin dituju," kata Siti Mariah.

Ditanya pendapatnya tentang pemimpin wanita Umno yang berpotensi untuk bertanding, Zuraida memberikan empat nama.

Mereka ialah penyandang majlis tertinggi Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Halimah Mohamed Sadique, selain penyandang Ketua Wanita Umno Datuk Shahrizat Abdul Jalil dan bekas ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad.

Azalina, Halimah dan Noraini masing-masing menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 dengan majoriti besar.

Wanita Umno mempunyai lebih 1.39 anggota pada 2017 yang terdiri daripada 38 peratus anggota Umno.

Pemilihan Umno akan diadakan pada 30 Jun ini. Pencalonan dibuka sehingga 17 Jun.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS