K'jaan digesa gugur larangan beri kewargenegaraan pada kanak-kanak tanpa kerakyatan
Kerajaan Pakatan Harapan digesa menggugurkan undang-undang yang diperkenalkan kerajaan BN sebelum ini yang melarang memberi status warganegara kepada kanak-kanak yang tidak mempunyai kerakyatan.
Peguam Latheefa Koya dan N Surendran berkata dua kes kanak-kanak seumpamanya akan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan Isnin ini.
"Dua kes ini melibatkan kanak-kanak yang lahir di Malaysia dan tinggal di Malaysia sejak lahir.
"Dalam kes Lin Jen Shian, ayah kanak-kanak itu merupakan warganegara Malaysia, sementara kes yang satu lahi, kanak-kanak itu merupakan anak yatim yang mana ibu bapa angkatnya merupakan warganegara Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Latheefa dan Surendran berkata kedua-dua kanak-kanak itu seharusnya diberikan kewarganegaraan melalui peruntukan Artikel 14(1) yang dibaca bersama Jadual Kedua bahagian 1(a) Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, mereka berkata, Pejabat Peguam Negara masih mengekalkan larangan yang diperkenalkan kerajaan BN sebelum ini.
Kedua-dua peguam itu menyatakan rasa terkejut dan kecewa dengan pendirian Pejabat Peguam Negara.

