Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Hadi, MB Terengganu kunjung Dr Mahathir
Diterbitkan:  Jun 4, 2018 12:59 PM
Dikemaskini: 5:38 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya.

Beliau diiringi oleh Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan pemimpin veteran, Datuk Mustafa Ali.

PAS menawan kerajaan negeri di Terengganu selepas pilihan raya umum 9 Mei ini.Mereka turut kekal sebagai kerajaan negeri di Kelantan.

Walau bagaimanapun, butiran di sebalik pertemuan itu tidak diketahui. Kunjungan  itu dimaklumkan oleh Dr Mahathir menerusi catatan di laman Facebook beliau.

Sebelum ini, turut membuat kunjungan hormat kepada perdana menteri adalah Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB).

Berbeza dengan Umno, pemimpin PAS tidak terlalu kritikal terhadap pentadbiran Pakatan Harapan sejak PRU14, walaupun kedua-dua Hadi dan Mahathir kerapa bertikam lidah semasa dan sebelum kempen pilihan raya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS