Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Tarik diri dari semakan keputusan kes Batu Puteh kesilapan besar'
Diterbitkan:  Jun 4, 2018 5:23 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Pengerusi PKR Johor menyifatkan keputusan kerajaan Malaysia menarik diri daripada semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan Pulau Batu Puteh sebagai kesilapan besar.

Anggota Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim dalam kenyataan di Facebook menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan rayuan keputusan yang dibuat mahkamah pada tahun 2008 itu.

"Pada pandangan saya keputusan perdana menteri baru-baru ini menarik balik rayuan tersebut adalah satu kesilapan besar.

"Perbicaraan rayuan kes tersebut perlu diteruskan kerana kini terdapat bukti-bukti baru.

"Saya berpandangan bahawa isu kedaulatan negara seperti dalam kes Pulau Batu Putih tidak boleh dipandang ringan jauh sekali untuk dikompromi.

"Pulau Batu Putih adalah sebahagian daripada negeri Johor dan Malaysia yang merdeka dan berdaulat," katanya.

Minggu lalu, ICJ mengumumkan Malaysia menarik diri secara rasmi dari permohonan rayuan keputusan melibatkan kedaulatan Pulau Batu Puteh kepada Singapura.

Kenyataan itu dibuat Dr Mahathir mengumumkan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menarik diri daripada semakan keputusan itu yang sebelum ini dicabar semula oleh pentadbiran kerajaan terdahulu.

Sementara itu, bekas menteri besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin berkata penarikan diri itu tidak sepatutnya terjadi dan ia merupakan kekalahan moral kepada negara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS