Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BNC tak batalkan temu bual dengan Siti Kasim

Bernama News Channel (BNC) menjelaskan pihaknya tidak membatalkan program temu bual dengan peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim, yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim awal hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan malam ini, BNC berkata saluran berita itu akan berhubung dengan Siti tentang tarikh baru temu bual berkenaan.

“Sebagai saluran berita bertanggungjawab, BNC tidak pernah menolak atau membatalkan sebarang temu bual dengan mana-mana individu yang mempunyai kepercayaan dan latar belakang berbeza.

"BNC percaya, dalam membantu kerajaan membina negara bangsa, setiap segmen masyarakat perlu diberi peluang menyuarakan aspirasi mereka melalui saluran berita 24 jam itu, yang wujud sejak 2008,” katanya.

BNC juga melahirkan kekesalannya kerana keputusan untuk menjadualkan semula temu bual berkenaan menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton, khususnya Siti Kasim sendiri.

"Kami ingin memberi jaminan kepadanya bahawa saluran ini akan berhubung dengan beliau tentang tarikh baharu temu bual itu," kata kenyataan tersebut.

Sementara itu dalam respons segera kepada Bernama malam ini, Siti Kasim berkata beliau mengalu-alukan penjelasan BNC mengenai perkara berkenaan, sambil menambah beliau akan mempertimbangkan temu bual tersebut jika ditawarkan semula oleh BNC.

“Saya akan berunding dengan rakan rapat saya mengenai perkara itu (tetapi) saya fikir saya akan menerimanya, jadi saya dapat menjelaskan semua salah faham,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi. -Bernama

Lihat Komen
ADS