Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Anwar kata hubungan dengan Dr M baik
Diterbitkan:  Jun 5, 2018 9:37 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

Ketua Umum Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjalan dengan "baik".

Anwar yang disahkan sebelum ini sebagai bakal perdana menteri kelapan bagi menggantikan Mahathir, berkata beliau tidak akan "mengganggu" pentadbiran perdana menteri.

“Setakat ini, ada komunikasi yang baik. Esok saya akan bercakap dengan beliau lagi. Malam tadi, saya berbual menerusi telefon. Beliau memberi akses yang baik kepada saya.

“Bila saya telefon, dalam beberapa minit saya dihubungkan. Dan ini ialah perdana menteri yang sibuk. Tun Mahathir juga tahu ke mana saya pergi. Sama ada saya mohon mengadap dengan Agong atau jumpa rakyat, saya berita Dr Mahathir dulu.

“Saya beri ruang beliau mentadbir tanpa sebarang gangguan dan biar beliau selesa menjalankan tugas.”," katanya dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insight (TMI).

Kenyataan itu dibuat selepas beliau mengadap beberapa orang Sultan yang mencetuskan spekulasi bahawa beliau campur tangan dalam pentadbiran Mahathir memandangkan PKR memenangi kerusi parlimen terbesar pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

PKR memilikii 49 anggota parlimen, diikuti DAP (42), BERSATU (13) dan AMANAH (11).

Spekulasi juga mengatakan Anwar menentang pelantikan peguam Tommy Thomas sebagai peguam negara yang baru bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Anwar berkata beliau tidak akan bimbang mengenai mereka yang suka mengambil kesempatan dan merasakan tidak selamat jika beliau masuk dalam pentadbiran sekarang.

“Anda tahu kenapa saya kata saya tidak terlalu risau? Ia kerana selagi hubungan saya dengan Tun Mahathir cemerlang, mereka tidak akan mematahkannya.

“Mereka kata ia berlaku pada 1998 walaupun hubungan saya (dengan Dr Mahathir) pada masa itu baik, ia masih boleh lagi putus. Tetapi kami sudah ambil iktibar. Tun Mahathir ambil pengajaran itu. Saya juga begitu,” katanya.

Lihat Komen
ADS