Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin tak serah nama MB semasa mengadap Sultan
Diterbitkan:  Jun 5, 2018 3:49 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali tidak menyerahkan sebarang nama calon penggantinya semasa mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

"Oh tiada perbincangan tumpu soal pembangunan dan pentadbiran kerajaan negeri.

"Nama-nama itu akan dikemukakan dalam masa terdekat," kata Azmin menjawab soalan mengenai senarai nama bakal menteri besar.

Azmin meletak jawatan sebagai menteri besar selepas mengambil alih portfolio persekutuan sebagai menteri hal ehwal ekonomi.

Timbalan Presiden PKR berkata hari ini adalah masa terbaik baginya mengadap Sultan Selangor kerana beliau baru sahaja mengadakan mesyuarat exco kerajaan negeri yang terakhir.

"Oleh kerana ini mesyuarat terakhir exco yang saya pengerusikan jadi saya mengadap tuanku untuk maklumkan tentang beberapa keputusan dan dasar kerajaan negeri khususnya tentang pembangunan untuk rakyat Selangor," katanya.

Majlis angkat sumpah 19 Jun

Azmin menjelaskan bakal menunaikan umrah esok dan hanya akan kembali sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Esok saya akan berlepas untuk tunaikan ibadat umrah.

"Kerana saya akan kembali umrah sehai sebelum Aidilfitri maka tiada waktu lain untuk saya mengadap dan selesai saja Aidilfitiri pada 19 Jun, majlis angkat sumpah akan diadakan," katanya.

Pengganti beliau dijadualkan mengangkat sumpah jawatan menteri besar pada 19 Jun.

Sumber dalaman parti memberitahu Malaysiakini antara calon menteri besar ialah ADUN Sungai Tua, Amirudin Shari.

Dua lagi nama yang disenaraikan ialah Naib Presiden PKR Shaharuddin Baharuddin dan Dr Idris Ahmad.

Lihat Komen
ADS