Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim telah meletakkan jawatan.

Mahathir berkata, penggantinya masih belum diputuskan kerana ia perlu mendapatkan perkenan yang di-pertuan agong terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Putrajaya sebentar tadi selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet mingguan.

Muhammad dilantik sebagai gabenor pada 1 Mei 2016, menggantikan Tan Sri Zeti Akthar Aziz.

Ditanya sama Muhammad memberikan sebarang alasan di atas peletakan jawatannya, Mahathir berkata: " Beliau tidak memberikan sebarang alasan kukuh tetapi melahirkan hasratnya untuk meletakkan jawatan.”

Peletakan jawatan itu dibuat di tengah-tengah laporan beliau ditekan berundur selepas dilihat sebagai “orang” bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Apabila ditanya bila kerajaan akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong, Dr Mahathir berkata secepat mungkin.

Semalam, bekas timbalan gabenor Bank Negara Nor Shamsiah Mohd Yunus disebut-sebut bakal dilantik mengetuai bank pusat itu bagi menggantikan Muhammad, jika penyandang itu berundur.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan rundingan sedang diatur dengan Nor Shamsiah berhubung perkara berkenaan.

Nor Shamsiah sebelum ini dilapor terbabit dalam pelan pengukuhan dasar sistem perbankan semasa Asia dilanda krisis kewangan.

Nor Shamsiah meninggalkan Bank Negara pada November 2016, tujuh bulan selepas gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berundur.

Lihat Komen
ADS