Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Akta GST dan Antiberita Tak Benar dimasuhkan bulan depan
Diterbitkan:  Jun 6, 2018 1:31 PM
Dikemaskini: 2:58 PM

Sesi pertama sidang Parlimen tahun ini akan bermula pada 16 Julai dan Dewan Rakyat akan bersidang selama 20 hari, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sesi kali ini akan menyaksikan rang undang-undang untuk memansuhkan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta Akta Antiberita Tidak Benar.

“Kerajaan akan mohon perkenan Agong untuk panggil parlimen mula bersidang 16 Julai bagi urusan pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Dewan Senat, akan angkat sumpah, ahli-ahli dewan dan pemilihan timbalan-timbalan yang di-pertua.

"Akan ada (juga) pindaan kepada undang-undang lain," kata Mahathir pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet hari ini.

"Kita akan mansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar. Ia akan dikaji oleh Ahli Parlimen dan akan mengadakan perbahasan dengan niat untuk mansuh Akta ini," katanya lagi.

Barisan kabinet turut menyertai sidang media itu, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu. 

Lihat Komen
ADS