Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
AG baru takkan lepaskan sesiapa pun dalam siasatan 1MDB

Peguam negara baru Tommy Thomas berikrar akan menjadikan pengurusan prosiding jenayah terharap dakwaan salah laku 1MDB sebagai keutamaannya.

“Semua sama di sisi undang-undang dan tiada siapa pun akan dilepaskan.

“Tidak akan ada cubaan menutup kes,” kata Thomas dalam sidang media selepas memasuki pejabatnya hari ini.

Katanya, beliau akan meneliti kertas siasatan berkaitan dan menghubungi pihak berkuasa dalam bidang kuasa lain dalam hal itu.

Beliau juga berkata akan menjadikan agenda pemansuhan undang-undang yang menindas sebagai agenda utama dan memberitahu sudah mempunyai “senarai panjang”.

Thomas berjanji akan tiada lagi pendakwaan terpilih dan pihak tidak bersalah tidak perlu berasa bimbang.

“Malaysia sebuah negara yang bebas, kita tidak patut takut pada ketukan pintu di tengah-tengah malam oleh anggota polis.

“Tetapi siapa yang melanggar undang-undang akan berdepan undang-undang tidak kira apa kedudukan mereka.

“Di pihak saya, saya janji lakukan perkara yang betul, iaitu, bercakap benar dan tegakkan keadilan.

“Keadilan bukan saja akan dilakukan tetapi dilihat dilakukan,” katanya.

Isu pelantikan Thomas sebelum ini mencuri perhatian selepas Majlis Raja-Raja dilapor mahukan calon beragama Islam.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagaimanapun semalam memperkenankan pelantikan itu semalam untuk dua tahun bermula 4 Jun.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS