Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas menyertai BERSATU dua hari lalu, bekas menteri Tan Sri Rais Yatim mungkin dilantik sebagai pengerusi lembaga disiplin parti itu.

Menurut sumber dalaman parti itu, jawatan yang dahulunya disandang allayarham Tan Sri sanusi Junid telah ditawarkan kepada Rais.

"Saya difahamkan Rais ditawarkan menjadi pengerusi lembaga disiplin BERSATU. Ini saya boleh sahkan," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Menjelang PRU ke-14, Rais menyertai beberapa tokoh veteran Umno melancarkan kritikan kepada kerajaan BN dan dua hari sebelum hari mengundi berucap di pentas Pakatan Harapan (HARAPAN).

Pada 4 Jun lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penyertaan Rais ke dalam BERSATU dalam satu majlis berbuka puasa di Putrajaya.

Sementara itu, ada juga desas-desus yang mengatakan Rais bakal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat namun ia belum disahkan.

Ia turut dibangkitkan pemerhati politik tempatan Mohd Sayuti Omar di Facebook.

Beliau berkata, penyertaan Rais ke dalam BERSATU memberi gambaran bekas Menteri Penerangan itu akan dilantik memegang jawatan itu.

"Ia seakan membenarkan gambaran yang saya berikan sebelum ini bahawa Rais akan menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat," katanya lagi.

Penggal lalu, jawatan Yang Dipertua dipegang Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Rais sebelum ini menjadi penasihat sosio budaya kerajaan BN dan presiden Universiti islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau mendapat ijazah sarjana undang-undang di Universiti Singapura dan ijazah Doktor Kehormat dalam bidang sama di King’s College, University of London.

Lihat Komen
ADS