Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly, berkuatkuasa serta merta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TM berkata, Timbalan CEO, Datuk Bazlan Osman, akan bertindak sebagai Pemangku CEO Kumpulan.
Sementara itu, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor, meletak jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas, berkuatkuasa 8 Jun, untuk terbabit dalam bidang lain.
Shazalli sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan, Kumpulan Axiata Bhd.
Khazanah Nasional Bhd dilaporkan memegang 26 peratus saham dalam syarikat itu.
