Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim: Subsidi RM3b untuk kekalkan harga RON95, diesel
Diterbitkan:  Jun 7, 2018 2:02 PM
Dikemaskini: 6:25 AM

Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM3 bilion untuk memastikan harga petrol RON95 dan diesel kekal sepanjang tahun ini.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng dengan langkah berkenaan kerajaan dapat memastikan harga petrol ROM95 kekal dijual pada RM2.20 seliter manakala diesel RM2.18 seliter.

"Sementara itu harga minyak RON97 pula akan diapungkan dan ditentukan secara mingguan.

"Kerajaan menetapkan harga minyak RON97 ialah RM2.66 seliter mulai hari ini sehingga 13 Jun 2018," katanya dalam satu kenyataan.

Lim menjelaskan kerajaan pusat akan memberi subsidi 33 sen seliter untuk semua harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh minggu ini.

Tanpa subsidi katanya harga RON95 akan meningkat kepada RM2.53 seliter manakala diesel RM2.51 seliter.

Sementara itu Lim menyatakan harga minyak mentah dunia mencapai paras AS$76 (RM302) satu tong, manakala diesel kini antaara AS$87 (RM345.78) dan AS$88 (RM349.76) satu tong.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS