Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPR, pengurus p'raya Rantau diperintah failkan pembelaan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya dan pegawai pengurus pilihan raya Rantau, Amino Agus Suyub untuk memfailkan pembelaan mereka mengikut calon PKR Dr S Streram kerana kerana menolak kertas pencalonannya.

Ini didedahkan oleh peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Streram susulan pengurusan kes shari ini dihadapan timbalan pendaftar Catherine Nicholas.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 Jun untuk pengurusan kes seterusnya.

Pada 7 Mei lalu, Streram memfailkan saman misfeasans dalam jawatan pejabat awam sebanyak RM7.6 juta atas dakwaan dirinya dihalang daripada bertanding pada pilihan raya umum ke-14.

Dalam pernyataan tuntutannya, Streram mendakwa bahawa defendan gagal menunaikan tanggungjawab di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958, yang mengakibatkan dirinya tidak dapat bertanding di kerusi negeri selepas memperoleh watikah pelantikan daripada partinya.

Susulan itu, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan memenangi kerusi Rantau tanpa bertanding.

Streram berkata beliau telah membayar deposit sebanyak RM5,000 untuk pendaftaran pencalonannya dan RM3,000 lagi untuk deposit bahan kempen pada 25 April.

Beliau mendakwa dirinya tidak dimaklumkan bahawa pas SPR diperlukan untuk tujuan memasuki pusat penamaan calon.

Selain itu, Streram juga membuat dua laporan polis terhadap pegawai pengurus pilihan raya itu dan SPR mengikut Seksyen 124B dan 124C Kanun Keseksaan kerana mengganggu proses demokrasi parlimen dengan tidak membenarkannya menjadi calon.

Streram menuntut ganti rugi am sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan RM2.6 juta dan pampasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS