Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

KATA MP | Bila ada seorang anggota parlimen (MP) BN mempertikai kononnya Pakatan Harapan tidak adil kerana jumlah peruntukkan yang MP pembangkang dan MP kerajaan terima tak sama, maaf saya nak tergelak.

Kepala saya terus teringat filem Tiga Abdul arahan arwah seniman negara.

Lebih kurang beginim, bila bapa tiga adik-beradik - Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub meninggal dunia dan tinggal harta yang banyak, maka bermula episod pembahagian harta pusaka.

Semua tahu Abdul Wahab dan Abdul Wahib buli sakan adik bongsu mereka, Abdul Wahub.

Mereka berdua dapat harta yang banyak. Abdul Wahub pula dapat sedikit.

Abdul Wahub dihukum kerana bersalah. Kesalahan Abdul Wahub - bapa mereka mati kerana idea beliau nak bawa arwah ke hospital!

Abdul Wahub tak mahu terima "faraid" yang tidak adil itu. Maka dihalau dari rumah.

Abdul Wahab dan Abdul Wahib enjoyed sakan hingga lupa diri dan kena tipu dengan saudagar penipu Sadiq Sigaraga dan 'penasihat misai kontot'.

Tapi Abdul Wahub cerdik dan berjaya "tipu" saudagar penipu dan berjaya tebus balik kedua-dua abang beliau yang dilelong.

Maka dibawa kedua dua abang itu ke rumah pusaka dan disatukan dengan isteri isteri mereka berdua.

Dan Abdul Wahab dan Wahib masih diberi harta oleh Abdul Wahub. Tiba-tiba Abdul Wahib masih nak protes. He, he, he! Tak sedar diri.

Dulu masa BN perintah, MP pembangkang langsung tak dapat sekupang pun. Kali ini dapat.

Tiba-tiba protes, ini tidak adil. He, he, he! Macam rasa Abdul Wahib muncul semula. I feel a sense of deja vu-lah. How about you?

Jangan marah ha.


HANIPA MAIDIN ialah anggota parlimen Sepang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS