Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham tak tanding pemilihan, Umno perlu 'perubahan total'
Diterbitkan:  Jun 8, 2018 11:44 AM
Dikemaskini: 4:13 AM

Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyatakan keputusan tidak akan bertanding apa-apa jawatan di peringkat pusat pada sesi pemilihan Umno kali ini.

Pemangku timbalan presiden Umno berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keperluan Umno ke arah “perubahan total” dan sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum lalu.

“Justeru saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi apa-apa jawatan di peringkat pusat bagi sesi pemilihan kali ini.

“Sebaliknya saya akan bekerja dengan lebih keras untuk membantu membangunkan semula Umno bermula dari Johor,” katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Hishammuddin juga berkata beliau telah berbincang dengan Zahid dan pemimpin Umno Johor Datuk Seri Khaled Nordin berkaitan cara untuk beliau menyumbang ke pada parti selepas ini.

Lihat Komen
ADS