Zuraida: Banyak ini saja kita mampu bagi pembangkang
Diterbitkan: Jun 8, 2018 12:56 PM | Dikemas kini: Jun 8, 2018 12:59 PM
Peruntukan sama antara anggota parlimen pembangkang dan kerajaan hanya boleh dibuat setelah kedudukan kerajaan stabil, kata menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Malah, tidak mengejutkan jika peruntukan kepada wakil rakyat kerajaan juga tertakluk kepada pemotongan, kata Zuraida Kamaruddin melalui pesanan teks kepada Malaysiakini.
Kenyataan itu dibuat di tengah-tengah kritikan selepas kerajaan mengumumkan peruntukan tahunan RM100,000 kepada anggota parlimen pembangkang – langkah yang tidak pernah dilakukan kerajaan BN sebelum ini.
Bagaimanapun bagi kerusi dimenangi HARAPAN, jumlah lebih besar RM500,000 diperuntukkan.

