Abu Kassim: PM kata perkukuh agensi integriti
Beberapa agensi integriti kerajaan sedia ada akan disatukan buat sementara waktu di bawah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).
Agensi-agensi ini adalah Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN), Institut Integriti Malaysia (IIM), Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Sebaliknya, GIACC akan melaporkan terus kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi GIACC, Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan perkara ini pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.
"Ini untuk memastikan struktur dan fungsi baru (GIACC) tidak akan bertindih (dengan agensi lain), penjimatan kos untuk kerajaan dan memudahkan kajian semula agensi-agensi yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"GIACC perlu menyelaraskan dan merumuskan cadangan mekanisme untuk menyusun semula bagaimana agensi-agensi ini akan berkhidmat dalam perkhidmatan awam," katanya.
Selain masalah berkaitan rasuah, GIACC juga akan mengkaji isu hak asasi manusia untuk kerajaan.
Kassim diiringi Mahathir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Bekas pesuruhjaya SPRM itu juga mengumumkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Pengurusan Kompetensi (JKKMKPK) sedia ada akan diaktifkan semula dan dinamakan semula sebagai Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Pencegahan Rasuah (JKKMAR).
[Berita penuh menyusul]

