Kerajaan Australia berkata pihaknya sudah berbincang dengan Putrajaya tentang bekas komando polis Sirul Azhar Umar namun mengesahkan bahawa tiada permohonan untuk ekstradisi.

"Kerajaan Australia mengesahkan bahawa perbincangan dengan kerajaan Malaysia telah diadakan berhubung situasi Sirul.

"Bagaimanapun, seperti dinyatakan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia belum membuat permohonan ekstradisi dengan Australia terhadap Sirul," kata Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini.

[Berita lanjut meyusul]