Tabung Harapan cecah RM50 juta dalam tempoh 10 hari
Diterbitkan: Jun 8, 2018 6:50 PM | Dikemas kini: Jun 8, 2018 6:52 PM
Tabung Harapan Malaysia berjaya mengumpulkan lebih RM50 juta dalam tempoh 10 hari pertama ia dilancarkan dengan tujuan membantu menangani keadaan kewangan negara.
Menurut Kementerian Kewangan, jumlah yang dikutip setakat pada jam 3 petang hari ini adalah RM52,216,682.08.
Ini menyaksikan peningkatan sebanyak RM3 juta dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Tabung yang dilancarkan pada 30 Mei lalu bermula dengan kutipan RM7 juta paha hari pertama.
Sejak itu, rakyat Malaysia dan pelbagai syarikat, tampil menyerahkan sumbangan mereka.

