Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pihak berkuasa Indonesia sedia bantu cari Jamal
Diterbitkan:  Jun 8, 2018 10:27 PM
Dikemaskini: 2:40 PM

Pihak berkuasa Indonesia bersedia memberi kerjasama untuk mencari Ketua Bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos.

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak kedutaan Indonesia di Malaysia, seperti dilapor Bernama.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mendedahkan bahawa pihaknya percaya Jamal melarikan diri ke negara jiran menggunakan 'laluan tikus'.

Mahkamah Majistret di Shah Alam hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal kerana gagal hadir ke mahkamah bagi sebutan kesnya.

Jamal dibicarakan atas dakwaan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam tahun lepas.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS