Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menjejak kemajuan janji manifesto p'raya HARAPAN
Diterbitkan:  Jun 9, 2018 3:59 PM
Dikemaskini: 8:06 AM

Sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya mereka, Pakatan Harapan berjanji untuk menunaikan 10 janji dalam tempoh 100 hari pertama jika mereka menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Kerajaan Harapan baru di bawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus bergerak laju sejak pembentukannya, dengan membuat beberapa keputusan besar seperti penaksiran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sifar dan membatalkan projek Keretapi Laju ​​(HSR) Kuala Lumpur-Singapura .

Sekarang sudah sebulan sejak HARAPAN berkuasa, mereka mempunyai 70 hari lagi untuk menunaikan 10 janjinya kepada rakyat.

Untuk mempertanggungjawabkan kerajaan baru terhadap janji-janji ini, Malaysiakini menyediakan penjejak kemajuan 10 janji itu dalam tempoh 100 hari.

Penjejak itu juga mempunyai pautan kepada manifesto penuh HARAPAN.

Buat masa ini, kerajaan nampaknya membuat kemajuan dalam menunaikan tujuh daripada 10 janji, dan kelihatan seperti tidak ada kemajuan dalam baki tiga lagi janji.

Tiga janji yang dilihat tanpa sebarang kemajuan setakat ini adalah yang melibatkan hutang peneroka Felda, Perjanjian Malaysia 1963 dan memperkenalkan skim kesihatan baru.

Janji yang sedang dipenuhi termasuk pemansuhan GST, yang telah diumumkan oleh kerajaan akan digantikan sepenuhnya oleh Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada bulan September.

Ia juga termasuk menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi 1MDB serta membatalkan dan mengkaji semula projek-projek mega seperti MRT3 dan Pautan Rel Pantai Timur (ECRL).

Penjejak ini akan membolehkan orang ramai memantau kemajuan usaha HARAPAN untuk menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS