Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pulanglah Jho Low, bantu siasatan 1MDB'
Diterbitkan:  Jun 9, 2018 5:13 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

Seorang sahabat zaman kanak-kanak Jho Low, ahli perniagaan yang dikehendaki kerana skandal 1MDB telah merayunya kembali ke Malaysia dan membantu siasatan ke atas syarikat pelaburan negara itu.

ADUN PKR Kebun Bunga, Jason Ong Khan Lee, mendakwa menjadi jiran Low ketika mereka masih kanak-kanak, tetapi belum bertemu dengannya sejak 2013.

"Dia ialah jiran saya sewaktu kami tinggal di kawasan Pulau Tikus. Ibu bapa saya juga mengenali ibu bapanya secara peribadi dan kami biasa bermain serta selalu bersama pada waktu itu.

"Sebagai seorang sahabat dan peguam, saya akan menasihati dia untuk kembali.

"Interpol telah dimaklumkan mengenai kes itu. Jika Low diletakkan di bawah senarai sekatan penerbangan, ia bahkan menjadi lebih sukar untuk Low melarikan diri daripada siasatan. Jadi, lebih baik jika dia boleh kembali membantu dalam siasatan dan melihat apa yang hasilnya," kata Ong seperti dipetik The Star.

ADUN Pulau Pinang itu juga berkata Low perlu mendapatkan peguam terbaik yang boleh didapatkannya.

Low dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan skandal 1MDB.

Kerajaan Singapura telah menyenaraikan namanya dalam notis merah Interpol sejak 2016.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Low telah cuba menghubungi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berikutan pilihan raya umum pada 9 Mei.

Low ialah individu penting dalam skandal 1MDB.

 

Lihat Komen
ADS