Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Selepas kekalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada pilihan raya umum ke-14, Umno berada di persimpangan jalan dalam merenung masa depannya.

Pada satu sisi, ramai pemimpin Umno, seperti ketua pemudanya, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, telah mencadangkan sekarang mungkin masa sesuai untuk membuka keanggotaan parti kepada semua kaum memandangkan landskap politik negara yang berubah.

Bagaimanapun, terdapat pemimpin yang menolak idea ini dan mahu Umno terus kekal sebagai satu-satunya parti Melayu yang terus memperjuangkan hak Melayu, misalnya pendapat Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii.

Penganalisis politik juga kelihatan berbeza pendapat dalam melihat isu ini.

Walaupun sesetengah pihak mencadangkan perubahan berkenaan sebagai satu-satunya cara kelangsungan parti, yang lain pula percaya ia berisiko kehilangan asas sokongan jika Umno menjadi berbilang kaum.

Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir (gambar) berpendapat Umno perlu membuka diri kepada kaum lain untuk terus hidup selepas PRU14 - walaupun tidak menyimpang terlalu jauh dari "semangat asal" parti itu.

"Jalan ke hadapan untuk Umno adalah untuk bergerak seiring dengan sentimen rakyat selepas PRU14. Untuk terus hidup, mereka perlu membuka diri kepada kaum lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Umno juga perlu membuat perubahan struktur dan bukan hanya kosmetik, kata Jeniri lagi.

"Jika mereka benar-benar mahu memenangi kerusi dalam pilihan raya akan datang, keseluruhan struktur perlu berubah, bukan hanya perubahan kosmetik.

"Bagi parti politik untuk terus hidup, ia mesti bersifat inklusif. Orang sekarang tidak bercakap mengenai Melayu centric.

"Orang ramai bercakap mengenai Malaysia secara keseluruhan. Itulah jalan ke hadapan untuk Malaysia, "katanya.

Manakala itu, penganalisis politik Dr Kamarul Zaman Yusoff (gambar) percaya tidak perlu bagi Umno mengambil tindakan drastik itu.

Katanya, Umno tidak akan mendapat tambahan sokongan dengan menjadi parti berbilang kaum selain berisiko kehilangan teras sokongan parti itu daripada kalangan pengundi Melayu yang konservatif.

"Tidak mustahil Umno jadi berbilang kaum tetapi masalahnya (undi) kepelbagaian kaum itu telah dimenangi HARAPAN," katanya.

Ini bukanlah kali pertama desakan untuk mengkaji perlembagaan Umno membuka keahliannya kepada semua kaum.

Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar kecewa dengan parti itu hanya lima tahun selepas penubuhannya disebabkan desakannya untuk membuka keahlian kepada semua kaum tidak mendapat sambutan.

Beliau membentuk Parti Kemerdekaan Malaya  (IMP) yang berbilang kaum pada tahun yang sama. Tetapi parti itu tidak dapat bertahan, IMP dibubarkan tidak lama selepas hanya menang satu kerusi pada pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS