Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Alumni kelab Umno luar negara tanding ketua pemuda
Diterbitkan:  Jun 9, 2018 9:23 PM
Dikemaskini: Jun 10, 2018 3:06 AM

Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab Umno Luar Negara, Wan Agyl Wan Hassan menyertai pertandingan merebut jawatan ketua pemuda Umno.

Pada usia 34 tahun, Wan Agyl menjadi calon paling muda di antara empat calon itu setakat ini.

"Saya berikrar untuk membawa agenda pembaharuan serta pembersihan Umno menerusi satu revolusi yang direncana ... berlandaskan agama, bangsa dan tanahair, sekiranya diberikan mandat mengemudi Pergerakan Sayap Pemuda Umno Malaysia.

"Ini bukan sekadar manifesto atau janji, tetapi merupakan sumpah saya atas nama Umno parti keramat yang kita sayangi," katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Semalam, Wan Agyl berkata jawatan sayap pemuda sepatutnya hanya diberikan kepada mereka yang berumur bawah 40 tahun.

Dua daripada pencabar utama jawatan ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun dan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berusia 42 tahun tahun ini.

Pencabar ketiga, Anggota Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah, berusia 38 tahun.

Keahlian Pemuda Umno berakhir pada 40, tetapi tiada had umur untuk ketua Pemuda.


 

Lihat Komen
ADS