Paling Popular
Terkini

Pengumuman Tan Sri Annuar Musa untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu disambut 'tanpa kata' oleh Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sebaliknya, kata bekas menteri BN itu, beliau mahu bertenang buat masa ini.

"Takpa, kita mahu bertenang dulu. Kita akan buat kenyataan media selepas raya (Aidilfitri)," katanya ringkas Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ahli majlis tertinggi Umno itu enggan memberi sebarang reaksi berhubung perkara berkenaan.

Anggota parlimen Jeli itu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan berhubung penyertaan Annuar yang juga ketua penerangan Umno untuk bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.

Terdahulu, Annuar yang juga anggota parlimen Ketereh mengumumkan penyertaan beliau dalam pemilihan parti kali ini.

Annuar sesuai kerusi nombor dua

Ia sekali gus menjadikan Annuar sebagai pencabar kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan yang lebih awal pengesahkan penyertaan bertanding jawatan tersebut.

Sementara itu, Pergerakan Wanita Umno Kelantan pula menyatakan sokongan penuh terhadap Annuar yang dianggap sebagai berkelayakan.

Ketuanya, Rahimah Mohamad berkata, Annuar sebagai orang lama yang berkecimpung dalam politik negara mempunyai kelayakan dan sesuai untuk berada di kerusi nombor dua Umno.

"Kita tahu Annuar seorang pemimpin berpengalaman dan banyak membantu parti di pelbagai peringkat.

"Kita bersetuju dan menghormati keputusan beliau untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan akan memberi sokongan sepenuhnya," katanya.

Lihat Komen
ADS