Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Petua Bung buat Umno jadi pembangkang selamanya'
Diterbitkan:  Jun 10, 2018 10:22 PM
Dikemaskini: 2:26 PM

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengingatkan nasihat ahli majlis tertinggi Umno Datuk Bung Moktar Radin akan menjadikan Umno pembangkang selama-lamanya jika parti itu mengambil petua berkenaan sebagai idea "pembangkang yang berkesan".

Ini selepas Bung berkata Umno perlu berlawan sama seperti HARAPAN, termasuk membuat tuduhan tanpa rasa takut terhadap tindakan undang-undang.

"Petua Bung akan jadikan Umno sebagai pembangkang selamanya, tidak akan dapat kembali ke koridor kuasa.

"Sepanjang 53 tahun saya dalam politik pembangkang, saya tidak pernah bergerak dengan cara yang digambarkan oleh Bung dalam berperanan sebagai pemimpin pembangkang dan saya boleh mengatakan perkara yang sama terhadap pemimpin Pakatan Harapan yang lain," katanya.

Bagaimanapun, Lim berkata beliau bersedia untuk mendidik Umno menjadi pembangkang yang berkesan.


BACA: Umno mesti berlawan sama macam HARAPAN, kata Bung Mokhtar


"Saya sedia untuk memberikan tuisyen percuma kepada Umno/ BN tentang cara untuk menjadi pembangkang yang membina dan berkesan kerana saya mahu melihat keputusan pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei menumbuhkan demokrasi dengan akar yang kuat di Malaysia.

"(Ini) bermakna mekanisme semak dan imbang bukan hanya pada parti pemerintah sendiri tetapi juga peranan yang efektif dan konstruktif daripada pembangkang, media dan masyarakat madani.

"Tetapi jelas bukan peranan pembangkang yang dibayangkan oleh Bung, yang tidak jujur, merosakkan dan memecahkan masyarakat Malaysia yang demokratik dan berjaya," katanya.

 

Lihat Komen
ADS