Syed Saddiq: Jangan peralat kerajaan untuk parti
Ketua ARMADA BERSATU, Syed Sadiq Abdul Rahman menegur Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana dilihat menyalahgunakan jentera kerajaan.
Beliau merujuk "Program Jualan Harapan Rakyat" anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang memaparkan logo HARAPAN.
"Jangan ulangi kesilapan yang lepas. Jangan memperalatkan agensi kerajaan untuk kepentingan parti.
"Kenapa ada logo HARAPAN?" Soal beliau dalam hantaran Twitter.
Program ini berlangsung di pasar Bandar Baru Ampang yang menjual barangan keperluan pada harga yang rendah.
Syed Saddiq berkata beliau akan membuat aduan mengenai perkara itu.
"Saya akan bangkitkan isu ini kepada pimpinan tertinggi kerajaan," katanya.
Jangan ulangi kesilapan yang lepas.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 10, 2018
Jangan memperalatkan agensi kerajaan untuk kepentingan parti.
Kenapa ada logo HARAPAN?
Saya akan bangkitkan isu ini kepada pimpinan tertinggi kerajaan. https://t.co/J0ChDhdVV5
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.