Sri Ram: Jangan tergesa-gesa heret Najib ke mahkamah
Peguam negara (AG) baru Tommy Thomas perlu diberi cukup masa untuk bersiap sedia dalam kes berkaitan 1MDB terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Gopal Sri Ram.
“Kita perlu memberi AG baru peluang untuk menyemak kembali bukti dalam fail kerana kenyataan baru Najib telah dirakamkan.
“Tiada gunanya tergesa-gesa ke mahkamah dan akhirnya tidak dapat membuktikan kesalahan,” kata peguam kanan yang juga bekas hakim mahkamah rayuan.
Katanya, walaupun terdapat dakwaan kertas pertuduhan telah disiapkan terhadap najib pada 2015, peguam negara sebelum ini Tan Sri Apandi Ali telah berkata Najib tidak melakukan sebarang kesalahan.
Sri Ram mengeluarkan kenyataan itu yang merujuk kepada penjelasan Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad bahawa pentadbirannya sedang membina kes kukuh terhadap Najib.
Mahathir berkata langkah itu perlu kerana pentadbirannya, tida seperti biasa, tidak mempunyai pengaruh terhadap mahkamah.

