Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiada tempoh masa untuk Dr M serah kuasa, kata Anwar
Diterbitkan:  Jun 11, 2018 1:11 PM
Dikemaskini: 5:13 AM

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak akan menetapkan tempoh tertentu buat dirinya untuk menggantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ada yang melihat peralihan ini (dari BN ke Pakatan Harapan) sebagai rapuh, tetapi saya tidak," katanya kepada portal The Star Online dalam satu temu bual.

"Kerapuhan itu akan berlaku hanya jika ada percakaran besar antara saya dan Mahathir, tetapi saya telah menjelakan ini. Nombor satu, dia (Mahathir) adalah perdana menteri, dan nombor dua, saya enggan menetapkan tempoh masa."

Ini adalah petanda paling jelas bahawa Anwar dan HARAPAN tidak akan menekan Mahathir supaya patuh kepada ikrar bahawa beliau mesti mengundurkan diri dalam masa dua tahun untuk digantikan oleh pemimpin PKR itu.

Anwar memberitahu wartawan bahawa Mahathir mesti diberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk menunaikan pembaharuan yang dijanjikan oleh HARAPAN.

Minggu lalu, Mahathir juga membayangkan bahawa tugas kali keduanya sebagai perdana menteri mungkin mengambil masa lebih panjang atau lebih pendek daripada dua tahun dan HARAPAN tidak terikat dengan rancangan peralihan dua tahun itu.

Anwar berkata menetapkan garis masa untuk Mahathir hanya akan melemahkan kedudukannya sekarang dan mengurangkan keberkesanannya seperti untuk menangani rasuah dan mendapatkan keyakinan orang ramai.

"Beri dia sokongan yang diperlukan dalam tempoh ini," kata Anwar.

"Saya mesti memberinya ruang untuk mentadbir dengan berkesan dan oleh itu, saya tahu peranan saya.

"Sebab itu saya mengambil peranan yang minimum. Sesetengah pemimpin Keadilan (PKR) kini sangat kecewa dengan perkembangan baru-baru ini tetapi saya kata: Beri dia ruang, biarkan dia menguruskan negara'."

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS