Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pulau Pinang bakal bina perumahan pekerja asing

Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata pihaknya sudah meluluskan lima projek perumahan pekerja bagi menyelesaikan aduan masalah sosial melibatkan pekerja asing.

Menurut Jagdeep, pihaknya menerima banyak aduan termasuk yang mengatakan beberapa projek perumahan didiami 50 peratus oleh pekerja asing.

"Malah sebenarnya, unit kos rendah tidak boleh disewakan kepada orang lain termasuk orang tempatan seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan namun kita tidak ada undang-undang yang bersesuaian untuk mengambil tindakan kepada pemilik rumah seumpamanya," katanya kepada wartawan di Pulau Pinang hari ini.

"Saya berpendapat kita memerlukan pindaan undang-undang bagi menghalang perkara ini memandangkan perjanjian jualan dan belian hari ini tidak mempunyai peruntukan khas untuk perkara itu," katanya.

"Ketika ini kita mempunyai kira-kira 200,000 pekerja asing di Pulau Pinang dan lima projek yang ada hanya boleh menempatkan 10 peratus pekerja asing ini namun ia permulaan yang baik," katanya.

"Jika kita mampu meminda undang-undang (bagi tidak membenarkan unit kos rendah disewakan) di mana pekerja ini semua akan tinggal? Sebab itu kita rancang semua ini lebih awal," katanya.

Jagdeep berkata beliau berharap usul pindaan undang-undang itu dapat dibentangkan dalam persidangan parlimen Julai ini.

Jagdeep merujuk aduan yang dibuat komuniti West Cassia di Batu Kawan, Pulau Pinang berhubung isu pekerja asing di kawasan mereka.

Komuniti itu sebelum ini menggesa agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan masuk campur bagi menangani perkara itu.

Jagdeep menambah bahawa komuniti West Cassia juga menghubungi Jabatan Imigresen berhubung perkara itu.

Meskipun tidak mengulas lanjut, Jagdeep mengambil maklum tentang masalah sosial di kalangan pekerja asing.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS