Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Diskaun tol 50 peratus PLUS, LPT2 sempena Aidilfitri
Diterbitkan:  Jun 11, 2018 6:04 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Bersempena sambutan Aidilfitri, pengguna rangkaian Lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bakal menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 50 peratus.

"Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, sebagai menyahut seruan Kerajaan, PLUS menawarkan diskaun tol sebanyak 50 peratus kepada semua kelas kenderaan apabila membayar tol di Lebuh raya PLUS dan LPT2 pada 13 Jun dan 14 Jun ini.

"Pengguna rangkaian Lebuh raya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bakal menikmati diskaun bayaran tol sebanyak 50 peratus apabila membayar tol pada 13 Jun dan 14 Jun ini sepertimana yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini.

"Pemberian diskaun tol tersebut berkuatkuasa pada jam 12.01 pagi pada 13 Jun (Rabu) hingga 11:59 malam pada 14 Jun (Khamis)," kata PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini.

Menurut PLUS diskaun ini ditawarkan kepada semua kelas kenderaan.

"Ia diberikan kepada pengguna secara langsung ketika membayar atau melakukan transaksi bayaran tol dalam tempoh tersebut.

Tiada diskaun di Tambak Johor

"Sebagai contoh, sekiranya pengguna mula memasuki lebuh raya pada jam 8 malam pada 12 Jun tetapi keluar dari lebuh raya dan membuat bayaran tol pada jam 1 pagi pada 13 Jun, mereka akan menikmati diskaun tersebut," kata PLUS.

Bagaimanapun, Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor terkecuali daripada diskaun itu.

"Diskaun yang merangkumi pembayaran tol di semua plaza tol di semua lebuh raya PLUS dan LPT2 kecuali di Plaza Tol Tanjung Kupang dan Bangunan Sultan Iskandar di Tambak Johor.

"Bagi pengguna di Jambatan Pulau Pinang, kadar tol sebanyak RM0.70 akan dikenakan bagi kenderaan Kelas 1, RM3.50 bagi Kelas 2, RM6 bagi Kelas 3, RM12.50 bagi Kelas 4, RM22.50 bagi Kelas 5, RM30 bagi Kelas 6 dan RM37.50 bagi Kelas 7 pada 13 Jun dan 14 Jun ini," kata PLUS lagi.
 

Lihat Komen
ADS