Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
SPRM dedah wajah ‘alias’ Jho Low
Diterbitkan:  Jun 11, 2018 6:53 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

SPRM cuba berusaha mengesan "Tan Kim Loong" berhubung dengan siasatan 1MDB, dan mendedahkan gambarnya.

Nama Tan berulang kali muncul dalam beberapa dokumen bank berhubung dengan pengubahan wang haram dana 1MDB.

Dalam prosiding mahkamah terhadap tokoh perbankan di Singapura yang dituduh terlibat dalam skandal 1MDB, saksi mendakwa bahawa identiti Tan digunakan sebagai alias untuk ahli perniagaan Low Taek Jho, watak utama dalam skandal 1MDB.

Tidak jelas sama ada Tan terlibat secara langsung atau identiti beliau disalahgunakan.

SPRM berkata Tan berumur 40 tahun, dan alamat terakhirnya adalah di Kepong, Kuala Lumpur.

Tan adalah antara satu daripada empat orang yang dikehendaki oleh SPRM dalam senarai yang dikeluarkan oleh suruhajaya pencegahan rasuah itu hari ini.

Tiga lagi adalah bekas pegawai 1MDB iaitu Tang Keng Chee, 53, Geh Choh Heng, 47 dan Loo Ai Swan 45.

Menurut SPRM, kempat-empat dikehendaki bagi membatu siasatan 1MDB.

“SPRM meminta individu-individu terbabit agar tampil atau menghubungi SPRM dengan segera bagi membantu siasatan kes berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hai ini.

SPRM juga meminta mana-mana pihak yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu-individu berkenaan agar menghubunginya di talian 03-8870 0000 (sambungan 0323).

 

Lihat Komen
ADS