Najib ziarah pusara ayahanda Tun Razak
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menziarahi pusara ayanhandanya, Tun Abdul Razak Hussein yang juga adalah perdana menteri kedua, pagi ini.
Pusara itu terletak di Makam Pahlawan, di Masjid Negara di Kuala Lumpur.
“Bagi mereka yang dah kehilangan ahli keluarga tercinta, tentu kerinduan itu lebih dirasai menjelang Aidilfitri.
“Sama-sama kita terus doakan kesejahteraan ke atas roh mereka, moga sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT,” ciapnya di Twitter.
Ziarah pusara Ayahanda Tun Razak hari ini. Bagi mereka yang dah kehilangan ahli keluarga tercinta, tentu kerinduan itu lebih dirasai menjelang Aidilfitri. Sama-sama kita terus doakan kesejahteraan ke atas roh mereka, moga sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT. pic.twitter.com/CIFc5uczgu
— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) June 12, 2018
Ia turut menampilkan gambar Najib yang membaca surah yassin di pusara itu.
Abdul Razak, meninggal dunia pada 14 Januari 1976 akibat leukemia. Allahyarham berkhidmat sebagai perdana menteri dari tahun 1970 sehingga kematiannya.
Pada tahun 1973, Razak membentuk BN untuk menggantikan Perikatan. Beliau juga memperkeenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi membantu golongan bumiputera.
Ironinya, 45 tahun kemudian, BN buat pertama kalinya dalam sejarah tumbang pada pilihan raya umum 9 Mei lalu yang diterajui oleh perdana menteri keenam, iaitu Najib.

