Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr M: HARAPAN kini lebih kuat di Parlimen
Diterbitkan:  Jun 12, 2018 2:08 PM
Dikemaskini: 7:47 AM

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan yang memerintah iaitu Pakatan Harapan sekarang mempunyai suara lebih kuat di Parlimen berikutan ikrar sokongan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang baru dibentuk.

"Mereka bukan ahli HARAPAN tetapi telah menjanjikan sokongan mereka kepada kerajaan HARAPAN jadi sekarang kita mempunyai sokongan yang kuat di Parlimen.

"Malah Terengganu juga menyatakan sokongan kepada kerajaan HARAPAN," katanya pada sidang akhbar di Tokyo, Jepun. Dr Mahathir adalah dalam rangka lawatan rasmi tiga hari yang berakhir hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg, yang juga ketua BN Sarawak, mengumumkan semua empat parti komponennya keluar dari gabungan BN.

Keempat-empat parti itu adalah PBB, SUPP, PRS, dan PDP.

Pada satu sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat PBB di Kuching petang tadi, Johari berkata parti komponen BN Sarawak membuat keputusan sebulat suara untuk meninggalkan BN dan membentuk GPS.

Johari berkata bahawa sifat berbilang kaum, pelbagai budaya dan pelbagai agama Sarawak mesti dipelihara dan keputusan untuk meninggalkan BN dibuat demi kepentingan rakyat.

Adalah dilaporkan bahawa Johari memaklumkan keputusan untuk meninggalkan BN kepada Mahathir semasa pertemuan antara kedua-dua mereka pada 31 Mei.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS