Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Malaysia akan mencapai kejayaan yang tidak disangka, hasil lawatan kerja beliau ke Jepun.

Beliau berkata Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah memberikannya masa yang cukup panjang untuk mendengar masalah yang dihadapi di Malaysia.

“Dan dia memberi pengakuan bahawa setakat yang dia mampu, dia akan tolong,” katanya menerusi catatan Twitternya @chedetofficial, malam ini.

Perdana Menteri mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Jepun pada Selasa yang juga merupakan lawatan rasmi pertama sejak beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh bulan lepas.

- Bernama