Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jho Low sedia jumpa penyiasat 1MDB di Dubai?
Diterbitkan:  Jun 13, 2018 11:10 AM
Dikemaskini: 3:12 AM

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Othman berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan laporan yang mendakwa Jho Low menawarkan diri bertemu pasukannya di Dubai.

“Saya tidak tahu, (Low dan peguamnya) tidak hubungi saya,” katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya bentuk kerjasama yang jawatankuasa itu mahukan dari Low jika pertemuan itu diadakan, Abu Talib menjawab: Saya tidak dapat komen berkaitan perkara itu”.

Memetik sumber kerajaan, The Malaysian Insight melaporkan peguam Low dijangka bertemu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi laluan kepada pertemuan dengan penyiasat kes 1MDB.

Pertemuan yang melibatkan dengan peguam-peguam sebelum itu dilaporkan bagi membincangkan peranan Low dalam siasatan terhadap dakwaan penyaluran keluar wang berbilion ringgit dari 1MDB.

Portal itu melaporka peguam Low mengesahkan perbincangan telah bermula dengan pihak berkuasa Malaysia tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.

Low, 37, dikehendaki SPRM bagi melengkapkan saisatan terhadap SRC nternational Sdn Bhd, bekas anak syarikat MDB.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS