Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PLUS: Trafik bergerak perlahan
Diterbitkan:  Jun 13, 2018 2:29 PM
Dikemaskini: 6:32 AM

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara setakat 1 tengah hari ini perlahan dan terkawal berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Syawal yang dijangka disambut Jumaat ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memberitahu Bernama berkata, perjalanan menuju ke utara dari Slim River menuju ke Sungkai agak perlahan ekoran pertambahan kenderaan di lebuh raya manakala trafik lancar arah ke selatan.

Pergerakan trafik dari Bangunan Sultan Iskandar, Johor juga dilaporkan perlahan dari Singapura menuju Malaysia kerana pertambahan kenderaan.

Sementara itu, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik dilaporkan sesak sebelum keluar Plaza Tol Terengganu ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) manakala Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) bergerak lancar dari Plaza Tol Karak menuju ke Jabor, Terengganu.

"Trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pula bergerak perlahan dari Plaza Tol Gombak sehingga Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah dan Bukit Tinggi menuju ke Lentang," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS