Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
AKSB saman ketua Pemuda BERSATU Kelantan
Diterbitkan:  Jun 13, 2018 2:36 PM
Dikemaskini: 6:38 AM

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menghantar notis saman kepada Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kelantan Asran Alias kerana didakwa membuat kenyataan tidak benar terhadap syarikat berkaitan kerajaan negeri itu.

Pengurus Besar AKSB Ir Wan Zamri Wan Ismail berkata, pihaknya telah menghantar notis saman, namun tidak mahu mengulas lanjut kerana isu berkenaan sudah menjadi kes mahkamah, lapor Harakahdaily.

Katanya, semua dakwaan yang dilemparkan kepada AKSB tidak benar kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah membuat siasatan lebih awal.

"Sebelum ini kita ada menghantar notis saman, dia buat laporan sebelum itu lagi, siasatan SPRM berlaku sebelum daripada kenyataan media dikeluarkan individu itu.

"Pihak yang membuat laporan kepada SPRM itu pun kita telah hantar notis sama," katanya di Kota Bharu.

Asran yang dikatakan pernah berkhidmat di agensi kerajaan negeri meminta SPRM membuat siasatan secara telus terhadap AKSB kerana didakwa berlaku ketirisan.

Lihat Komen
ADS