Ezam dakwa kerajan tidak serius perangi rasuah
Pengasas Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Noor mendakwa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengambilalih pemerintahan negara sejak dua lalu tidak mengambil sebarang langkah besar untuk memerangi rasuah.
Katanya, Institut Integriti Malaysia (IIM) sudah dua kali melaporkan bahawa pentadbiran sekarang tidak bertindak secara berkesan ke arah membasmi rasuah.

" Kerana itu saya menubuhkan Gerak untuk memerangi rasuah kerana mendapati usaha menghapuskan rasuah masih ditahap lemah dan tidak bersungguh-sungguh dari pemerintah," ujarnya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga menegaskan beliau tidak akan menyertai Umno kerana parti itu tidak memerangi rasuah secara besar-besaran.
"Saya tidak nampak saya boleh memainkan peranan yang besar dalam Umno jika saya menyertai parti tersebut," katanya.
Beliau juga mendakwa, sebaliknya PKR yang paling komited untuk membasmi rasuah dan ini akan menjadi agenda utama PKR dalam pilihanraya umum.
Mengenai operasi Gerak, beliau menjelaskan, ia mempunyai lima asas utama iaitu zon bebas rasuah, kebebasan institusi kehakiman, media yang bebas serta menjadikannya sebagai sebuah institusi anti rasuah yang bebas serta membentuk jaringan kerjasama dengan institusi masyarakat.
"Saya telah menjual rumah saya di Petaling Jaya untuk menjadikan modal permulaan bagi menggerakkan badan bukan kerajaan ini, " katanya.
Ezam berkata, meskipun beliau mengetuai Gerak ia tidak kena mengena dengan jawatan Ketua PKR yang disandangnya sekarang.
Katanya, Gerak terbuka kepada semua pihak termasuk parti pemerintah dengan fokus utama ialah memerangi rasuah dan penyelewengan di sektor awam dan swasta.
Menyentuh soal spekulasi awal yang mengatakan beliau akan menyertai Umno, Ezam berkata, beliau tidak menerima sebarang tawaran secara rasmi dari Umno untuk menyertai parti itu melainkan tawaran tidak formal dari kawan-kawan dari Umno.
Beliau memberi jaminan terus komited dengan PKR dan akan memberi perhatian penuh terhadap perjuangannya termasuk membasmi rasuah.