Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nazri sokong gandingan Zahid-Annuar
Diterbitkan:  Jun 13, 2018 3:30 PM
Dikemaskini: 7:33 AM

Anggota Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz dilaporkan menyokong gandingan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Tan Sri Annuar Musa untuk menjadi presiden dan timbalan presiden Umno.

Nazri yang merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau turut menyokong Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai naib presiden parti, lapor portal Free Malaysia Today.

Selain itu, Nazri turut memberitahu beliau juga tidak berhasrat untuk bertanding bagi mana-mana jawatan pada pemilihan Umno kali ini dan hanya membantu parti.

"Saya sudah tidak bertanding sejak tahun 2000. Saya tidak ada hajat bertanding sebaliknya hanya mahu membantu Umno," beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan berkenaan.

Pemilihan Umno akan diadakan pada 30 Jun depan selepas ia tertangguh sejak tiga tahun lalu.

Selain Annuar turut bertanding bagi jawatan timbalan presiden ialah Datuk Seri Mohamad Hassan.

Pencalonan bagi pemilihan Umno dibuka pada 1 Jun lalu dan akan berakhir pada 17 Jun jam 5 petang.

Lihat Komen
ADS