Malaysiakini
BERITA

BERSATU fail 7 petisyen pilihan raya

Diterbitkan
Dikemaskini 14 Jun 2018, 4:18 pagi

BERSATU memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan pilihan raya umum 9 Mei di empat kerusi parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Empat kerusi parlimen itu adalah Tasek Gelugor, Jempol, Tapah, dan Bagan Serai.

Di peringkat DUN pula, kerusi terlibat adalah Lubok Merbau dan Changkat Jong di Perak, dan Kahang, Johor.

Setiausaha Biro Guaman BERSATU Mior Nor Haidir Suhaimi berkata petisyen itu difailkan susulan isu pengurusan adil, kesalahan responden dinamakan dan/atau dakwaan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memastikan proses pengundian yang bersih.

Jika tindakan itu berjaya, pilihan raya kecil mungkin terpaksa diadakan sekali lagi.

Di empat kawasan di atas BERSATU hanya kalah tidak sampai 1,000 undi.

Di Tasek Gelugor mereka kalah dengan majoriti 81 undi; Tapah, 614; Lubok Merbau, 409; dan Changkat Jong, 67.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.