Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri jawab desakan tamatkan monopoli ubat berbilion ringgit
Diterbitkan:  Jun 14, 2018 10:13 AM
Dikemaskini: 2:28 AM

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berjanji akan memastikan proses rantaian bekalan ubat-ubatan di hospital telus.

"Saya ulangi kenyataan lalu, kami akan pastikan proses rantaian bekalan adalah cekap, bertanggungjawab, telus.

“Asprasi kerajaan Pakatan Harapan memastikan dan perbaiki apa sahaja kelemahan sedia ada serta akan tangani sebanrang bentuk pembaziran (ketirisan termasuk salah laku jika terbukti),” katanya.

Dzulkefly berkata demikian di Twitter, menjawab desakan pemimpin muda PKR Fadmi Fadzil yang mahukan monopoli ubat syarikat dimiliki ahli politik rejim dahulu dibatalkan.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan 20 syarikat yang mempunyai kaitan dengan ahli politik terkemuka, termasuk bekas menteri, mengawal rantaian bekalah ubat dengan bertindak sebagai ‘agen tender’.

Kontrak terlibat dikatakan bernilai RM3.7 bilion untuk tempoh tiga tahun sehingga 2016.

Lihat Komen
ADS