Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Trafik lebuh raya utama perlahan pagi ini
Diterbitkan:  Jun 14, 2018 10:24 AM
Dikemaskini: 2:26 AM

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 pagi hari ini perlahan berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut esok.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik perlahan di utara dari Simpang Pulai menuju ke Jelapang, Terowong Menora ke Sungai Perak, Bukit Tagar ke Lembah Beringin, Slim River ke Sungkai hingga kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ladang Bikam, Bidor menuju ke Tapah sehingga Gopeng.

“Trafik di arah selatan setakat ini masih terkawal dan lancar kecuali di Tambak Johor dari Malaysia menuju ke Singapura,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berlaku kesesakan sebelum terowong Genting Sempah menuju ke Lentang dan laluan keluar Plaza Tol Terengganu ke Kuala Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan www.twitter.com/llminfotrafik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS