Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rakyat Malaysia di luar negara kini mahu pulang, kata taikun

Ahli perniagaan, Tan Sri Lee Kim Yew menaruh harapan tinggi kepada kerajaan Pakatan Harapan yang baru sebulan usianya, lebih-lebih lagi untuk menghentikan masalah berterusan "brain drain" atau “penghijrahan golongan profesional ke luar negara.”

Lee yang lantang membidas pentadbiran BN sebelum pilihan raya umum ke-14, berkongsi pengalamannya tentang bagaimana anak-anak muda Malaysia di luar negara, yang kini memberitahunya tentang keinginan mereka untuk pulang dan berkhidmat di negara ini.

"Saya fikir antara perkara yang bakal merancakkan semula ekonomi Malaysia adalah ramai orang yang kini bersedia untuk kembali.

"Apabila saya pergi ke London, China dan Singapura, ramai anak muda datang kepada saya dan berkata, 'Tuan, saya sekarang mahu pulang ke Malaysia. Ini sesuatu yang (baik)," katanya.

"Kita ada banyak bakat Malaysia di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom, dan kita mesti membawa pulang bakat tersebut.

"Saya tidak bercakap tentang orang asing yang melabur dalam negara ini, jika rakyat kita sendiri di luar bersedia untuk kembali, saya fikir hutang RM1 trilion ini boleh diselesaikan tidak lama lagi."

Lee berkata demikian kepada pemberita selepas mengedarkan cenderahati Hari Raya kepada golongan kurang bernasib di Hotel Palace of the Golden Horse, di Seri Kembangan yang dimilikinya.

Acara itu menampilkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai tetamu kehormat.

Lim sebelum ini menjelaskan bahawa jumlah hutang RM1 trilion itu terdiri daripada hutang dan liabiliti kerajaan secara langsung.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS