Berita Malaysiakini

Nilai rampasan dari kondo mewah masih dalam proses anggaran

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman masih dalam proses menganggarkan nilai rampasan daripada tiga unit kondominium mewah Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 18 Mei.

“Kami masih dalam proses (buat anggaran).

“Kenyataan China Press berkaitan perkara ini pramatang,” kata pengarahnya Seri Amar Singh Ishar Singh kepada Malaysiakini.

China Press melaporkan proses anggaran nilai barang rampasan berkaitan, termasuk 433 jam berjenama, telah selesai dan bernilai RM80 juta keseluruhan.

Terdapat seutas jam dikatakan bernilai RM3.5 juta.

Laporan itu juga menyebut polis juga telah selesai menilai nilai “emas”yang dirampas tetapi beliau selesai proses penilaian barang kemas yang dirampas.

Pada 25 Mei lalu, Amar memberitahu rampasan wang tunai bernilai RM114 juta.

Umno menuntut wang itu milik mereka dan menuntut ia dikembalikan.

Ia dikatakan dalam proses dipindahkan dari bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

[Baca berita asal]