Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka menamakan menteri besar baru bagi negeri itu Ahad ini, kata sumber yang rapat dengan istana.

Calon akan mengangkat sumpah pada 19 Jun bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik menjadi menteri hal-ehwal ekonomi.

Menurut sumber, raptai istiadat mengangkat sumpah akan diadakan sebelum 19 Jun.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa dua calon dalam senarai itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok Dr Idris Ahmad dan ADUN Sungai Tua Amirudin Shari dijangka mengadap Sultan Selangor sebelum pengumuman itu.

Sebelum ini, laporan media mengatakan ADUN Seri Setia Shaharuddin Baharuddin turut berada dalam senarai pendek bagi jawatan berkenaan.

Sumber turut memberitahu Malaysiakini bahawa pihak istana meminta mereka agar tidak bercakap kepada media berhubung isu ini.

"Istana tak mahu siapa-siapa antara mereka mendedahkan maklumat lanjut kepada media.

"Mereka diminta tidak bercakap atau mengeluarkan kenyataan berhubung pelantikan menteri besar sehingga pengumuman rasmi dibuat," kata sumber.

Dr Idris dan Amirudin masing-masing enggan mengulas perkara ini ketika dihubungi.

"Tak ada sesiapa yang beritahu saya akan dinamakan sebagai menteri besar baru. Saya tak tahu," katanya.

Sementara itu, Shahruddin berkata beliau tidak menerima jemputan untuk mengadap Sultan Selangor.

"Saya tak ada dipanggil. Kita sama-sama tunggu pengumuman oleh istana," katanya kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]


 

Laporan tambahan oleh Kow Gah Chie dan Al-Abror Mohd Yusuf.

 

Lihat Komen
ADS