Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
BERSIH mahu enam lagi pesuruhjaya SPR letak jawatan
Diterbitkan:  Jun 14, 2018 4:52 PM
Dikemaskini: 8:54 AM

Pergerakan reformasi pilihan raya BERSIH menuntut peletakan jawatan segera enam pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jawatankuasa pemandu BERSIH menuduh keenam-enam mereka gagal menegak, mempertahan dan melaksana hak demokratik untuk mengundi serta prinsip pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.

BERSIH berkata demikian ketika mengulas keputusan Pengerusi SPR Tan Sri Hashim Abdullah untuk bersara awal mulai 1 Julai.

Walaupun mengalu-alukan tindakan berkenaan, jawatankuasa itu walau bagaimanapun mempersoalkan kelewatan keputusan Hashim memandangkan desakan suapaya beliau disingkirkan telah dibuat sejak pilihan raya umum ke-14.

"Memandangkan persaraan Hashim bukannya pemecatan kerana mengakui kurangnya kecekapan, integriti dan kredibiliti SPR serta masih terdapat enam pesuruhjaya SPR yang lain, kami seterusnya meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat penipuan dan kesalahan pilihan raya yang berlaku semasa pilihan raya umum ke-14," kata mereka.

Jawatankuasa itu juga mahu RCI untuk menyiasat peranan yang dimainkan oleh setiap pesuruhjaya dalam menangani isu-isu berkenaan - atau kekurangan sebarang tindakan daripada mereka.

"RCI mesti selesai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh penubuhannya," kata mereka.

Semalam, SPR mengumumkan bahawa Hashim akan menamatkan tempoh perkhidmatannya lebih awal iaitu pada 1 Julai depan.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan unit komunikasi korporat suruhanjaya itu, Hashim dikatakan "memendekkan tempoh perkhidmatan" sebagai pengerusi dan ini diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Hashim menyertai SPR pada 5 Sept 2014, sebagai timbalan pengerusi, dan dilantik sebagai pengerusi pada 24 Jan 2016.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS