Berita Malaysiakini

MCA persoal sama ada Anwar menteri luar atau suami TPM

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Memandangkan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan, MCA membidas pertemuannya baru-baru ini dengan Setiausaha Negara UK bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel, Boris Johnson di London.

"Adakah Anwar mewakili kerajaan sebagai bakal menteri luar atau suami kepada timbalan perdana menteri?" soal timbalan setiausaha MCA, Datuk Wee Jeck Seng.

Isteri Anwar yang juga adalah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah timbalan perdana menteri.

Memandangkan perkembangan ini, pemimpin MCA itu mencadangkan kepada Putrajaya supaya memberikan tugas khusus bagi Anwar seperti melantiknya sebagai duta khas.

Wee berkata ini akan membolehkan bekas pemimpin pembangkang itu mengendalikan tugas kerajaan seperti hal ehwal luar negara dengan cara yang lebih berkesan.

"Memandangkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar akan menyerahkan jawatan perdana menteri dalam tempoh dua tahun kepada Anwar, kerajaan harus menyediakan jawatan rasmi untuk Anwar sepanjang tempoh berkenaan.

"Ini untuk memastikan tugas kerajaan itu dilakukan mengikut prosedur dan adalah sah," katanya dalam satu kenyataan.

[Baca berita penuh]