Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
MP Bakri berjaya jejak 'pak cik kopiah baju hijau'
Diterbitkan:  Jun 14, 2018 5:17 PM
Dikemaskini: 9:37 AM

Anggota Parlimen Bakri Yeo Bee Yin berjaya menjejaki pak cik kopiah berbaju hijau yang telah memberi sumbangan wang untuk kempen Pakatan Harapan (HARAPAN) ketika berkempen dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Penyokong misteri berkenaan sebelum ini digambarkan sebagai pak cik berkopiah berbaju Melayu hijau yang telah menghampiri Yeo ketika program kempen di Parit Sakai, Muar dan menghulurkan wang lusuh RM500.

Susulan itu, hari ini, Yeo yang berjaya menjejaki pak cik itu berkongsi identiti sebenar penyokong misterinya dan meluangkan masa untuk berbuka bersama.

"Masih ingat lagi pak cik yang menderma RM500 kepada HARAPAN di Parit Sakai? Pejabat saya akhirnya dapat menghubunginya.

"Beliau adalah Imam Baharudin bin Jono (sebelah kiri saya di gambar pertama). Semalam kami berbuka puasa bersama dengan isteri, cucu-cucu dan rakan-rakan beliau," katanya melalui kenyataan di Facebook.

Yeo sebelum ini berkongsi rasa terharunya dengan tindakan Baharudin yang menghampirinya dan menghulurkan sampul berisi wang yang digambarkannya sebagai "bukan macam duit dari bank ataupun ATM tetapi duit lama yang dilipat seperti telah lama disimpan."

Yeo bagaimanapun ketika itu terlupa mendapatkan nama Baharudin kerana terlalu terharu.

Lihat Komen
ADS